Thursday, November 4, 2010

Ikan Hiasan


IKAN HIASAN
 


Pemeliharaan ikan hiasan sudah menjadi industri. Ia telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Pulau pinang, perak, johor adalah negeri yang mengusahakan ikan hiasan.ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan hiasan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.
Ciri-ciri istimewa ikan hiasan
  • Warna sisik,
  • Saiz,
  • Bentuk badan,
  • Sirip,
  • Cara dan tabiat makan ,
  • Jantina dan gaya berenang.

Jenis-jenis ikan hiasan

 

1. Cyprinidae seluang (Rasbora), ikan mas, kap Barb

  • Kecil, berbadan mampat, besesunngut. Tiada adipos fin dan gigi
  • Ekor terbuka dan berbentuk fork
  • Badan bersisik dan bergerak pantas
  • Kepala tanpa sisik
  • Terdapat di Afrika, Amerika Utara, sebahagian besar dari Asia Tenggara


2. Cichildae Angel discus oscar
  • Hanya sepasang lubang hidung
  • Hanya satu dorsal fin (long base)
  • Sirip ekor bulat

3. Characidae Semua jenis ikan Tetra
  • Seakan ikan barb
  • Tiada sesungut
  • Ada gigi dan adiposfin
  • Berasal dari Amerika Selatan dan Afrika Tengah Bil Famili Spesies Ciri-ciri Utama


4. Belontiidea Ikan pelaga Siam (Betta

  • Berbadan lebar dan splendens), Gourami biru (Trichogaster trichopterus), Dwarf Gourami (Colisalalia) mampat
  • Sirip anal yang panjang
  • Mempunyai aksesori respiratory organ untuk bernafas di udara.
  • Terdapat di Korea Selatan, Asia Tenggara dan Afrika Barat.


5. Poecillidae Guppy. Sward tail Platy
  • Livebearing tooth carps
  • Melahirkan anak
  • Sedikit persamaan dengan mamalia.



6. Catfish Families Corydoras sp. Ikan bandaran (Rinelloricaria parva)
  • Suckermouth
  • Bersesunggut 2.3.4 Memilih bekas (akuarium). Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
  • jenis ikan hiasan
  • bilangan ikan hiasan
  • saiz ikan hiasan
  • saiz akuarium Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.


Tumbuhan akuatik yang sesuai

  1. Alternantheraspp.
  2. Bacopa spp.
  3. Anubias spp.
  4. Lobelia spp.
  5. Sumatra fern spp.
  6. Java fern spp.





Langkah-langkah menyediakan akuarium

  • Anda perlulah membersihkan bekas terlebih dahulu
  • Kemudian pasangkan penapis
  • Langkah seterusnya masukan pasir
  • Ambil hiasan dan letak ke dalam bekas
  • Masukkan aksesori yang dikehendaki
  • Anda boleh sukan air masukkan air dan tambahkan anti klorin atau garam secukupnya
  • Pasang dan hidupkan pam tunggu selama 2 jam
  • Masukkan ikan hiasan .

Jenis-jenis pam dan penapis

Pemasangan penapis “under gravel filter”
  • Atas : Masukan hiasan dan aksesori
  • Bawah : masukkan air


Pengurusan akuarium
  1. Sistem pengudaraan
Pam udara diperlukan untuk menambahkan kandungan oksigen dalam air
  1. Sistem penapis air
Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” ini kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.
  1. Perawatan air
Gunakan air yang telah dirawat . Rawatan air adalah dengan mencampukan anti klorin dan sedikit garam biasa . Ia bertujuan untuk membunuh kuman atau bakteria yang ada dalam air.




  1. Aksesori
Tambahkan hiasan dengan lampu, dan beberapa bentuk binaan. Anda hendaklah pastikan aksesori tidak mengandungi bahan kimai yang boleh menjejaskan ikan hiasan anda.

  1. Batu-batan dasar
    Pemilihan batu dasar juga perlu di ambil kira kerana, takut ber toksik dan membahayakan ikan hiasan anda.



  1. Hiasan dalam akuarium
Bergantung pada kretiviti anda. Supaya akuarium anda lebih cantik dan menari.tapi pastikan semua bahan-bahan yang digunakan tidak berbahaya pada ikan hiasan anda..

Wednesday, November 3, 2010

Buah-buahan tempatan

Jom kita berbincang tentang khasiat buah-buahan tempat..kita selalu bermegah dengan buah-buahan luar negara tapi khasiatnya kurang berbanding dengan khasiat buat tempatan kita..Jangan kita pandang rendah pada buah tempatan kita.antaranya buah pisang, mangga, belimbing dan sebagainya. Disebalik dengan keenakan buah-buahan yang kita makan tahukan kita ia daoat memberi banyak manfaat pada kita.so makan lah buah-buahan banyak-banyak supaya kita hidup lebih sihat dan cergas.


Pisang



Terdapat pelbagai jenis pisang yang ada. Pisang adalah buah yang mempunyai pelbagai khasiat.pokok pisang akan berbuah sekali sahaja.
Nama saintifiknya Musa sapientum
Pisang kaya dengan:
  • vitamin A dan C
  • zat galian seperti kalsium fosforus dan besi.
  • kromium (sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga).
Getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka.
Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
Pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut




Mangga


Mangga juga makanan kegemaran ramai .pelbagai jenis mangga yang ada di pasaran. Rasanya enak menyebabkan ramai yang tidak jemu memakanya. Tahukan anda mangga juga ada khasiatnya yang tersendiri di sebalik buahnya yang lazat tapi juga baik untuk kesihatan.
Nama saintifiknya Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae,
Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.
Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi,
ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat




Belimbing


Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak.belimbing boleh dimakan segar atau di buat jus atau jeruk.
Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae.
Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.
Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi




Ciku

Masalah yang sering dihadapi oleh kita adalah mengabikkan pemakanan yang menimbulkan masalh sembelit. Sembelit terjadi apabila makan yang kita makan tidak dihadam dengan baik . Ini berpunca daripada mengabikan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang minum air. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan akan menyebabkan gejala buang air berdarah atau buasir.
Dalam pengubatan tradisional buah ciku boleh merawat gejala penyakit tersebut. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Ini seelok-eloknya dimakan pada waktu pagi, iaitu sebelum sarapan pagi.




Tembikai


Tembikai adalah buah yang dimakan selepas selesai makan atau pembasuh mulut.tetapi ada juga yang gemar makan tembikan semasa makan.
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris

Tembikai yang kaya:
  • vitamin A dan C,
  • asid folik,
  • magnesium,
  • zink dan
  • pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
Jus tembikai : memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Ia akan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah




Betik



Betik yang kita selalu makan boleh menolong kita meyelesaikan masalh sembelit.
Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae.
Buah betik kaya dengan:
  • vitamin C - ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.
Ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.dengan cara mengunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getah dan sapu dibahagian tumit yang pecah

Semoga info yang saya bagi dapat memberi manafaat pada anda semua..kadang-kadang benda yang ada disekeliling kita banyak manafaat nya berbanding dengan yang ada jauh dan lebih mahal. So gunakanlah semua yang kita ada dengan baiknya.hidup kita hanya sekali sahaja...

Tuesday, November 2, 2010

ANIMATION

Animation

        Tahukan anda cara membuat sesebuah cerita cartoon itu.. ia memerlukan banyak peringkat. Bila kita tengok di kaca tu hanya 30 minit atau 1 jam . Tapi process membuatnya memakan masa yang agar lama dan rumit. Walaupun hanya satu saat sahaja .tak kira 3D atau 2D...contoh cartoon yang ada dipasaran adalah doremon, shincan,upin ipin ,bola kampung dan sebagainya.
Untuk menjadikan sesebuah cerita cartoon itu menarik di memerlukan jalan cerita dan idea yang menarik untuk di olah oleh scrip writer dan character design kemudian kepada storybord sampai kepada animator dan seterusnya last part in animation editor ….barulah siap satu-satu animation atau cerita cartoon itu. Jom kita bincang tentang pembikinan animation 2D.
Pembikinan animation 2D terbahagi kepada 3 bahagian
  • pra-produksi
  • produksi
  • post-produksi


PRA-PRODUKSI
Pra produksi-membuat konsep,idea cerita(sinopsis), membuat papan cerita,membuat karakter,membuat latar belakang ,perwarnaan dan merekod suara.


SCRIP
Fade In
01.EXT. PERKAMPUNGAN ORANG ASLI/SIANG
Bird eye view perkampungan orang Asli ditengah-tengah hutan. Berdasarkan hutan hujan khatulistiwa.
SFX/VO
SFX yang sesuai
Cut To


Fade In
02.EXT. HUTAN/SIANG/BURUNG
Seekor burung terbang dari pandangan atas terbang rendah ke kawasan hutan.

Cut To

Fade In
03.EXT. HUTAN/SIANG/AYAK,NONOI,BURUNG
Nonoi dan Ayak sedang memerhati burung yang sedang terbang melintas.

Cut To




Storyboard




Character Design




Latar Belakang

 





PRODUKSI


Beberapa isitilah dan process yang sering terlibat di dalam penghasilan sesebuah animasi berkomputer
  • tweening
  • keyframe
Animasi 2d di kenali sebagai animasi linear. Ia merujuk kepada pergerakan object yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan
kaedah dlm hasilkan 2d animasi
teknik penganimasian di flash
  • animasi gerak,posisi dan rotasi object
  • animasi modifikasi
animasi dilakukan secara per-karakter,per-object dan latar belakang bersesuaian dgn jalan cerita
melibatkan process pergerakan karakter, selepas process lakaran, mewarna dan process karakter pada pergerakan-pergerakan tertentu
latar belakang dan kawalan kualiti animasi tutut dilakukan.


ANIMATION








POST-PRODUKSI
Post-produksi adalah bahagian terakhir dalam menyiapkan sesebuah siri animasi. Segala penambahan seperti:
  • sound effect
  • visual effect
  • glows,hazes


di bahagian ini, perisian adode after effect CS3 dan adode primer di gunakan untuk process mengedit
sebelum animasi melalui process yang terakhir iaitu tayangan.


EDITING


Perisian Adobe After Effect








Perisian Adobe Primer





Di harap segala info yang saya bagi dapat memberikan gambaran serba sedikit tentang animation
Tak lupa pada krew ayat dan nonoi :Mohd Anuar Bin Mamat, Khairul Anuar Bin Kamaruzaman, Khairul Azhar Bin Yusoff, Amiruddin Bin Zulkifli, Rabia'ah Binti Mohd Kassim, Wan Nazirah Binti Wan Musa, Che Ku Maizatirasma Binti Ku Rasid, Nor Hashimah Binti Mohamed


Wednesday, October 27, 2010

Herba


Pelbagai jenis penyakit yang ada dalam dunia ini. Dan ada pelbagai ubat dalam dunia ini..setiap penyakit itu pasti ada penawarnya.Apa kata kita beralih sedikit kepada perubatan mengunakan herba..pelbagai herba yang ada dalam dunia ini untuk dijadikan penawar segala penyakit. Pelbagai nama yang kita jarang dan pernah dengar. Kadang-kadang nama herba agak melucukan.Antaranya:

Pokok Misai Kucing




Pokok misai kucing. berdasarkan pada rupa bunganya seperti misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Digunakan untuk merawat: penyakit kencing manis dan batu karang
Nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Cara mengunakannya:
  • Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam
  • Kemudian jemurkan sehingga kering
  • Bila sudah kering daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah.
  • Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis
Kaedah lain:
  • Tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
  • Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat.
  • Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas.
  • Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.


Belimbing Buluh





BELIMBING BULUH. Buahnya seperti buah mengkudu, tetapi warnanya lebih kepada hijau muda dan saiznya agak kecil. pokok belimbing buluh adalah jenis pokok yang dijadikan pilihan sebagai tanaman dihalaman rumah.Pokok ini senang membesar dan agak rendang.
Digunakan untuk merawat darah tinggi dan demam panas.
Nama saintifiknya adalah Aver rhoa bilimbiiini.

Cara Pengunaan: darah tinggi (buah belimbing)

  • Ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut
sehingga lumat.
  • Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit.
  • Minumlah pada waktu pagi ataupun petang.

Cara Pengunaan:demam panas (daun belimbing)



  • Ambil beberapa helai daunnya yang segar.
  • Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.
  • Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan


Buah Keradang 



Jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atau memanjat.
Ada sesetengahnya terdiri daripada jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan tempat teduhan, mempunyai buah dan warna daun yang menarik. mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.



Nama saintifiknya adalah carissa carandas,
Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur ,batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.



Cara pengunaa:

Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.
Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bnila dipetik.
Sebab itulah, sebelum dicampur didalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih dahulu.



Daun Bunga Melur


BUNGA MELUR Warnanya yang putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi. kelopak bunga ini kembang mekar dan akan mengeluarkan haruman yang cukup wangi.

Nama saintifiknya adalah Jasmincun sambac

Pati bunga melur dan daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan
minyak wangi yang cukup menyamankan
khususnya bagi merawat demam panas dan panau.

Cara untuk merawat: Deman panas (daun)

  • Ambil beberapa helai daunnya dicampur dengan beras dan seulas bawang merah delam sebekas air.
  • Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan.
  • Amalkannya sehingga badan terasa sejuk.

Cara untuk merawat: Panau (daun)

  • Ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau.
  • Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering.



Bunga Tahi Ayam


POKOK BUNGA TAHI AYAM menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang .memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah. Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang. terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas. Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh.Daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu.



Digunakan untuk merawat luka-luka pada anggota badan.
Nama saintifiknya adalah Lantana camara

Cara pengunaanya:

  • Ramas beberapa helai daunnya dan pupukannya di tempat yang bengkak atau
terseliuh.
  • Balutlah ia dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang.


Butang Baju Siti Fatimah 
 

SAKIT gigi atau gusi bengkak, sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi. Kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian kita.
Lebih-lebih lagi, kalau rutin harian kita memerlukan banyak bercakap dan bergerak ke sana ke mari.
terdapat sejenis tumbuhan herba yang dipanggil subang nenek atau
BUTANG BAJU SITI FATIMAH yang boleh mengurangkan rasa kesakitan tersebut.
Tumbuhan herba ini sesuai di gunakan di klinik gigi untuk jangka masa yang pendek
Nama saintifiknya adalah Sthenodesme Temtanara




Cara pengunaanya:
  • Ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan daun-daun tersebut terlebih dahulu.
  • Tumbuklah daun-daun tersebut sehingga lumat dan selepas itu, sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit itu.
  • Anda pasti akan terasa semacam kebas di bahagian gigi atau gigi yang sakit, dan secara tidak
  • Langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi.


Daun Cemperai


CEMPERAI Selalunya daun pokok cemperai digunakan sebagai ulam, walaupun rasanya agak kelat,
Pokok cemperai yang sederhana besar mudah ditemui di kawasan kebun getah atau kelapa sawit. Daunnya agak keras dan bentuknya lurus menajam.

Nama saintifiknya adalah Champereia griffihii.
kegunaan cemperai ialah untuk merawat ulser mulut.



Cara mengunakanya:
  • Ambil beberapa helai daun yang segar dan tumbuklah ia sehingga lumat.
  • Bila sudah lumat, tampallah ia di kawasan mulut yang terkena ulser.
Manakala Rebusan akar pokok itu pula dipercayai dapat mengatasi masalah lemah anggota badan atau sengal-sengal tulang.
Cara mengunakanya:
  • Rebus daunnyn dengan tiga gelas air hingga tinggal satu gelas.
  • Minumlah pada waktu malam.


Pokok Delima 

POKOK DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut. sesuai digunakan untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.

Nama saintifiknya adalah Punica granatum

Cara pengunaan:Rawat Batuk(biji buah delima)

  • Ambil beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.
  • kemudian tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja .
  • Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa hari.

Cara pengunaan: Melagekan sakit perut (bunganya)

  • Rebus bunganya sehingga mendidih.
  • Tapiskan untuk dapat airnya.
  • Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.

Cara pengunaan:cuci mata (akar delima)

  • Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.


Daun Gajah Beranak 

GAJAH BERANAK.Daunnya memanjang dan membulat di hujungnya.
bentuk daunnya tidak pula menggambarkan bahawa nama panggilannya seakan-akan menyerupai ciri-ciri itu.
Nama saintifiknya adalah Goniothalamus macrophyllus- Tergolong dalam
keluarga Annonaceae.




Digunakan bagi merawat demam sejuk.

Cara pengunaan:
  • Rebus akar pokok gajah beranak..
  • Minum air rebusan akar pokok gajah beranak.
Tips untuk akar:
  • keratan akar pokok ini juga digunakan sebagai ramuan ubat tanak terutama oleh kaum wanita selepas bersalin.
  • Bagi wanita hamil pengambilan akar gajah beranak adalah dilarang kerana boleh menyebabkan keguguran



Daun Kaduk 

Daun kaduk.
Daunnya seperti daun sirih tetapi lebih lembut. Kehijauannya agak lebih tua dan rasanya sedikit pedar dan pedas. pucuk pokok kadok turut digunakan sebagai ulam. Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedapdalam masakan.
Nama saintifiknya adalah Piper sarmentosum.



Merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk
dan panau.




Cara pengunaan:
  • Rebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih.
  • Bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit,
  • Ambil air rebusan tersebut dan minulah perlahan-lahan.



Cara merawat cacing dalam perut
  • Ambil beberapa helai daun kaduk yang segar.
  • Daun-daun tersebut diramas-ramas setelah itu, dicampurkan dengan air.
  • Siramkan air itu keseluruh badan.

Cara merawat batuk
  • Ambil beberapa helai daun kaduk - kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat
  • Ambil daun yang telah dikisarkan untuk disapukan pada leher.



Cara merawat Panau
  • Ambil beberapa helai daun kaduk - kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat
  • Kemudian pupukkannya pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut

    Monday, October 25, 2010

    kueh tradisional orang melayu

    KUEH BRONOK

     Kueh ini biasa di makan dengan kelapa parut......jom kite pelajari cara-cara membuat kueh beronok: so kite sediakan bahan-bahannye dahulu:

     Bahan-Bahannya

    1. 1/2 gelas sagu biji
    2. 3 gelas air
    3. 1 senduk besar gula
    4. 1/4 biji kelapa
    5. sedikit garam dan pewarna merah

    Cara-cara membuatnye

     
    Sagu biji perlulah dibersihkan, jirus dengan sedikit air dan toskan airnya. Kelapa dibuang kulit dan airnya, kemudian diparut dan gaulkan bersama dengan sedikit garam.(secukup rasa)
    Kemudian masakkan gula dengan air hingga hancur dan mendidih setelah itu masukkan sagu serta pewarna merah kacau hingga sagu kembang. pabila sagu sudah kembang angkat dan sejutkannya. Setelah sejuk dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

    info lain

    Bronok juga merupakan nama sejenis haiwan laut di Langkawi yang menyerupai gamat.
    di harap anda mencuba....

    Wednesday, October 20, 2010

    the good think: Gong Princess Hours


    Title: 궁 (宮) / Goong (Gung)
    Chines title : 宮
    Also known as: Palace / Princess Hours (MBC Global Media) / Imperial Household
    Genre: Romance, Comedy
    Episodes: 24
    Broadcast network: MBC
    Broadcast period: 2006-Jan-11 to 2006-Mar-30
    Air time: Wednesday & Thursday 21:55
    Songs: “Perhaps Love” by HowL & J. , “You & I Are Fools” by Stay, “Parrot” by HowL
    Inserts “Ice Pond”, “Give Me A little Try” by Leigh Nash

    Synopsis
    Goong is a story about young love in face of tradition, politics, and intrigue. In the imaginary world, modern-day Korea is a constitutional monarchy and the Royal Family lives in a grand Palace, the Goong. Story opens with the sudden death of the reigning the King. Faced with the decreasing popularity among the public for the Royalty, a grand wedding for the Crown Prince, Lee Shin, is decided to be the best publicity move to improve the image of the Royalty and at the same time prepare Shin for immediate succession. The intended bride? The headstrong, awkward, and sweet spirited Shin Chae Kyung that just happens to go to the same exclusive art school. Chae Kyung was betrothed to become the next Crown Princess by her grandfather and Shin’s grandfather.
    After 14 years of living in England with his mom, Lee Yul appears all of a sudden. He is Shin’s cousin as well as the former Crown Prince. Everything seemed to be going normally until Chae Kyung’s optimistic spirit wins the heart of internally lonely, Yul. As the Crown Prince Shin and simple-minded Chae Kyung’s relationship appear to developing deeper feelings, a series of scandals are exposed to the public right after the pair were officially announced married. Will love prevail all in a world of political pressures and martial hardships? Or will being in the spotlight of the public be too much for the young newlyweds to endure?

    Actor And Actress


    Korean Actress Yoon Eun Hye’s Biography


    Korean Actress Yoon Eun HyeKorean Actress Yoon Eun Hye
    PROFILE
    Name: 윤은혜 / Yoon Eun Hye (Yun Eun Hye)
    Nicknames: ”JamGgoDae” (Stick) / “Pooh”
    Profession: Actress, singer and model
    Birthdate: 1984-Oct-03
    Birthplace: Seoul, South Korea
    Height: 168cm
    Weight: 48kg
    Star sign: Libra
    Blood type: O
    Education: Joong Kyung High School, Kyung Hee Cyber University (Tourism Management degree)
    Hobbies: Photography
    Specialty: Drawing
    Talent agency: Kraze Entertainment
    Other Information:  
    - In late 2007, she was involved in projects for a cause such as Wish Come True and Letters from the Angels No. 5 Campaign
    - She was one of the ten Hallyu stars of 2007 thus she became one of the most highly paid actresses in television at the age of 23.
    - Yoon Eun-hye was formerly in Baby VOX; she was the last member to join and stayed with the group from 1999 until 2005.

    Korean Actor Kim Jeong Hoon’s Biography



    Korean Actor Kim Jeong HoonKorean Actor Kim Jeong Hoon
    PROFILE
    Name: 김정훈, Kim Jeong Hoon (Kim Jung Hoon)
    English Name: John Hoon
    Chinese name: 金桢勋 / Jin Zhen Xun
    Profession: Actor, singer and model
    Birthday: 20th January 1980
    Height: 179cm
    Weight: 60kg
    Star sign: Aquarius
    Blood type: AB
    Family: Mum, Dad , 1 Older brother and 1 older sister
    Company: Eight Peaks
    Debut: As leader and lead vocals for the K-group ‘UN’ (United N-Generation), a group he was a part of from 1999 to 2006
    Education: Seoul National University, majoring in Dentistry; transferred to Chung-Ang University, majoring in Acting
    Religion: Buddhist
    Hobbies: Listening to music, computer games, and pool/billiar


    Korean Actor Joo Ji Hoon’s Biography


    Korean Actor Joo Ji Hoon Korean Actor Joo Ji Hoon
    PROFILE
    Name: 주지훈, Joo Ji Hoon (Ju Ji Hun)
    Birthday:16 May 1982
    Birth Place: South Korea
    Height: 187cm
    Weight: 68kg
    Horoscope: Tarus
    Profession: Model, Actor
    Hobbies:PC Games, swimming and basketball
    Education: Kyonggi University (Acting major)
    Skills: Speed-reading and self defense

    Boy Over Flower




    Information

    Genre: Comedy, Romance
    Category: Korean Drama
    Film Date: January, 2009
    Episodes: 25 

    Synopsis

    Jan Di is an average girl whose family owns a dry-cleaning shop that is located near the luxurious and well-known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and spoiled boys when she delivers laundry to the school one day. The boys are known as the F4 and cause trouble to those who speak out against them.
    Jan Di is an average girl whose family owns a dry-cleaning shop that is located near the luxurious and well-known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and spoiled boys when she delivers laundry to the school one day. The boys are known as the F4 and cause trouble to those who speak out against them. 
    REF(http://www.mysoju.com/boys-before-flowers/)

     ACTOR AND ACTRESS

    Koo Hye Sun

    Also known as 구혜선 / Gu Hye Seon / 具惠善 / ク・ヘソン / Koodeoli


    Koo Hye Sun

    Profile

    Name: Koo Hye Sun / 구혜선 / Gu Hye Seon / 具惠善 / ク・ヘソン / Koodeoli
    Birthdate: 1984-11-09
    Birthplace: Incheon, South Korea
    Height: 163cm
    Weight: 42kg
    Blood type: A


    Lee Min Ho

    Also known as 이민호 / 李民浩 / 李敏镐
    Lee Min Ho

    Profile

    Name: Lee Min Ho / 이민호 / 李民浩 / 李敏镐
    Birthdate: 1987-06-22
    Birthplace: Seoul, South Korea
    Height: 185cm
    Weight: 69kg
    Blood type: A


    Kim Hyun Joong

    Also known as 김현중 / Gim Hyeon Jung / 金贤重 / 金賢重
    Kim Hyun Joong

    Profile

    Name: Kim Hyun Joong / 김현중 / Gim Hyeon Jung / 金贤重 / 金賢重
    Birthdate: 1986-06-06
    Birthplace: Seoul, South Korea
    Height: 182cm
    Weight: 68kg
    Blood type: B


    Kim Bum

    Also known as 김상범 / Kim Sang Bum / 金范 / キム・ボム
    Kim Bum

    Profile

    Name: Kim Bum / 김상범 / Kim Sang Bum / 金范 / キム・ボム
    Birthdate: 1989-07-07
    Birthplace: Seoul, South Korea
    Height: 181cm
    Weight: 63kg
    Blood type: B


    Kim Joon

    Also known as 김준 / Kim Jun / 김형준 / Kim Hyung Joon / Kim Hyeong Jun
    Kim Joon

    Profile

    Name: Kim Joon / 김준 / Kim Jun / 김형준 / Kim Hyung Joon / Kim Hyeong Jun
    Birthdate: 1984-02-03
    Birthplace: South Korea
    Height: 183cm
    Weight: 64kg
    Blood type: O

    Gong Princess Hours

    Gong Princess Hours... it nice korean drama....so many dramatic and fan sc.....

    Followers

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More