Jom kita berbincang tentang khasiat buah-buahan tempat..kita selalu bermegah dengan buah-buahan luar negara tapi khasiatnya kurang berbanding dengan khasiat buat tempatan kita..Jangan kita pandang rendah pada buah tempatan kita.antaranya buah pisang, mangga, belimbing dan sebagainya. Disebalik dengan keenakan buah-buahan yang kita makan tahukan kita ia daoat memberi banyak manfaat pada kita.so makan lah buah-buahan banyak-banyak supaya kita hidup lebih sihat dan cergas.
Pisang
Terdapat pelbagai jenis pisang yang ada. Pisang adalah buah yang mempunyai pelbagai khasiat.pokok pisang akan berbuah sekali sahaja.
Nama saintifiknya Musa sapientum
Pisang kaya dengan:
- vitamin A dan C
- zat galian seperti kalsium fosforus dan besi.
- kromium (sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga).
Getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka.
Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang.
Pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut
Mangga
Mangga juga makanan kegemaran ramai .pelbagai jenis mangga yang ada di pasaran. Rasanya enak menyebabkan ramai yang tidak jemu memakanya. Tahukan anda mangga juga ada khasiatnya yang tersendiri di sebalik buahnya yang lazat tapi juga baik untuk kesihatan.
Nama saintifiknya Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae,
Mangga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.
Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga.
Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi,
ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat
Belimbing
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak.belimbing boleh dimakan segar atau di buat jus atau jeruk.
Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae.
Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan.
Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi
Ciku
Masalah yang sering dihadapi oleh kita adalah mengabikkan pemakanan yang menimbulkan masalh sembelit. Sembelit terjadi apabila makan yang kita makan tidak dihadam dengan baik . Ini berpunca daripada mengabikan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang minum air. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan akan menyebabkan gejala buang air berdarah atau buasir.
Dalam pengubatan tradisional buah ciku boleh merawat gejala penyakit tersebut. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Ini seelok-eloknya dimakan pada waktu pagi, iaitu sebelum sarapan pagi.
Tembikai
Tembikai adalah buah yang dimakan selepas selesai makan atau pembasuh mulut.tetapi ada juga yang gemar makan tembikan semasa makan.
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris
Tembikai yang kaya:
- vitamin A dan C,
- asid folik,
- magnesium,
- zink dan
- pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.
Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
Jus tembikai : memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit seperti Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Ia akan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah
Betik
Betik yang kita selalu makan boleh menolong kita meyelesaikan masalh sembelit.
Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae.
Buah betik kaya dengan:
- vitamin C - ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.
Ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.dengan cara mengunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getah dan sapu dibahagian tumit yang pecah
Semoga info yang saya bagi dapat memberi manafaat pada anda semua..kadang-kadang benda yang ada disekeliling kita banyak manafaat nya berbanding dengan yang ada jauh dan lebih mahal. So gunakanlah semua yang kita ada dengan baiknya.hidup kita hanya sekali sahaja...
0 comments:
Post a Comment