Pelbagai jenis penyakit yang ada dalam dunia ini. Dan ada pelbagai ubat dalam dunia ini..setiap penyakit itu pasti ada penawarnya.Apa kata kita beralih sedikit kepada perubatan mengunakan herba..pelbagai herba yang ada dalam dunia ini untuk dijadikan penawar segala penyakit. Pelbagai nama yang kita jarang dan pernah dengar. Kadang-kadang nama herba agak melucukan.Antaranya:
Pokok Misai Kucing
Pokok misai kucing. berdasarkan pada rupa bunganya seperti misai seekor kucing.Mungkin juga kerana pokok tersebut tumbuh secara menjalar di atas tanah dan tidak pula meninggi.
Digunakan untuk merawat: penyakit kencing manis dan batu karang
Nama saintifiknya adalah Orthosiphon Stamineus.
Cara mengunakannya:
- Ambil daun-daunnya yang segar dalam segenggam
- Kemudian jemurkan sehingga kering
- Bila sudah kering daun itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih kurang segelas air mentah.
- Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit beberapa kali sehingga habis
- Tumbuk kedua-duanya sehingga agak lumat.
- Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam beberapa saat.
- Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis kemudian dicampurkan dengan setengah air panas.
- Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.
Belimbing Buluh
Digunakan untuk merawat darah tinggi dan demam panas.
Nama saintifiknya adalah Aver rhoa bilimbiiini.
Cara Pengunaan: darah tinggi (buah belimbing)
- Ambil beberapa buah belimbing buluh yang segar dan kemudianya dikisar buah tersebut
sehingga lumat.
- Tapiskan untuk dapatkan airnya. Campukan sedikit bahan perasa kerana rasanya agak pahit.
- Minumlah pada waktu pagi ataupun petang.
Cara Pengunaan:demam panas (daun belimbing)
- Ambil beberapa helai daunnya yang segar.
- Ramas dedaun itu dengan sedikait air sehingga agak lumat dan dan letakkannya diatas sehelai kain.
- Demahkannya diatas kepala. Lakukan sehingga rasa panas berkurangan
Buah Keradang
Jenis tumbuhan renek atau melata diatas tanah atau memanjat.
Ada sesetengahnya terdiri daripada jenis tumbuhan yang sesuai dijadikan tempat teduhan, mempunyai buah dan warna daun yang menarik. mempunyai buah berwarna merah jambu dan unggu gelap pekat bila sudah matang.
Nama saintifiknya adalah carissa carandas,
Kalau ia berbuah lebat, pokok keradang ini kelihatan cantik kerana rimbunan hijau daun-daunnya bercampur ,batangnya berduru keras ini mempunyai khasiat untuk awet muda.
Cara pengunaa:
Biasanya buah keradang yang sudah matang dimakan bersama ulam atau sayuran yang lain.
Namun begitu, buahnya yang sudah matang (warna ungu gelap pekat) itu bergetah bnila dipetik.
Sebab itulah, sebelum dicampur didalam mana-mana sayuran, ia harus direbus sehingga memdidih terlebih dahulu.
Daun Bunga Melur
BUNGA MELUR Warnanya yang putih suci dan keharuman baunya merupakan daya tarikan utama bunga ini, lebih-lebih lagi pada waktu pagi. kelopak bunga ini kembang mekar dan akan mengeluarkan haruman yang cukup wangi.
Nama saintifiknya adalah Jasmincun sambac
Pati bunga melur dan daun hijau berkilat ini digunakan untuk menghasilkan
minyak wangi yang cukup menyamankan
khususnya bagi merawat demam panas dan panau.
Cara untuk merawat: Deman panas (daun)
- Ambil beberapa helai daunnya dicampur dengan beras dan seulas bawang merah delam sebekas air.
- Kemudian ambil airnya untuk basuh kepala dan selepas itu lapkannya diseluruh badan.
- Amalkannya sehingga badan terasa sejuk.
Cara untuk merawat: Panau (daun)
- Ambil beberapa helai daun bunga melur yang sudah dibasuh dan gosokkan pada tempat yang dijangkiti panau.
- Lakukannya berulang kali. Biarkan hingga bekas gosokan tersebut kering.
Bunga Tahi Ayam
POKOK BUNGA TAHI AYAM menghasilkan bunga yang cantik dan warnanya sama ada kuning atau oren terang .memang menarik lagi sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan di halaman rumah. Mungkin kerana baunya tidak seharum bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain, pokok bunga tahi ayam tidak begitu diminati sebilangan orang. terkandung pada lendir yang keluar dari daun-daunnya yang segar bila diramas. Kalau dipupuk daun-daun yang diaramaskan itu pada luka yang kita alami, ia mampu mengelakkan infeksi, menghentikan darah keluar dan luka-luka cepat sembuh.Daun-daun pokok bunga tahi ayam ini juga sesuai untuk merawat bengkak ataupun terseliuh pada anggota yang tertentu.
Digunakan untuk merawat luka-luka pada anggota badan.
Nama saintifiknya adalah Lantana camara
Cara pengunaanya:
- Ramas beberapa helai daunnya dan pupukannya di tempat yang bengkak atau
terseliuh.
- Balutlah ia dengan sehelai kain dan biarkannya sehingga rasa bengkak itu hilang.
Butang Baju Siti Fatimah
SAKIT gigi atau gusi bengkak, sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi. Kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian kita.
Lebih-lebih lagi, kalau rutin harian kita memerlukan banyak bercakap dan bergerak ke sana ke mari.
terdapat sejenis tumbuhan herba yang dipanggil subang nenek atau BUTANG BAJU SITI FATIMAH yang boleh mengurangkan rasa kesakitan tersebut.
Tumbuhan herba ini sesuai di gunakan di klinik gigi untuk jangka masa yang pendekLebih-lebih lagi, kalau rutin harian kita memerlukan banyak bercakap dan bergerak ke sana ke mari.
terdapat sejenis tumbuhan herba yang dipanggil subang nenek atau BUTANG BAJU SITI FATIMAH yang boleh mengurangkan rasa kesakitan tersebut.
Nama saintifiknya adalah Sthenodesme Temtanara
Cara pengunaanya:
- Ambil beberapa helai daunnya dan bersihkan daun-daun tersebut terlebih dahulu.
- Tumbuklah daun-daun tersebut sehingga lumat dan selepas itu, sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit itu.
- Anda pasti akan terasa semacam kebas di bahagian gigi atau gigi yang sakit, dan secara tidak
- Langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi.
Daun Cemperai
Pokok cemperai yang sederhana besar mudah ditemui di kawasan kebun getah atau kelapa sawit. Daunnya agak keras dan bentuknya lurus menajam.
Nama saintifiknya adalah Champereia griffihii.
kegunaan cemperai ialah untuk merawat ulser mulut.
Cara mengunakanya:
- Ambil beberapa helai daun yang segar dan tumbuklah ia sehingga lumat.
- Bila sudah lumat, tampallah ia di kawasan mulut yang terkena ulser.
Cara mengunakanya:
- Rebus daunnyn dengan tiga gelas air hingga tinggal satu gelas.
- Minumlah pada waktu malam.
Pokok Delima
POKOK DELIMA dikatakan mempunyai khasiat tersebut. sesuai digunakan untuk merawat batuk biasa, melegakan sakit perut dan mencuci mata.
Nama saintifiknya adalah Punica granatum
Cara pengunaan:Rawat Batuk(biji buah delima)
- Ambil beberapa biji buah delima yang muda dicuci terlebih dahulu sebelum dikisar sehingga lumat.
- kemudian tapiskan untuk dapatkan airnya sahaja .
- Minum air itu dan amalkannya untuk beberapa hari.
Cara pengunaan: Melagekan sakit perut (bunganya)
- Rebus bunganya sehingga mendidih.
- Tapiskan untuk dapat airnya.
- Bila sudah suam, minumlah perlahan-lahan.
Cara pengunaan:cuci mata (akar delima)
- Air rebusan akar delima yang sudah dibersihkan pula boleh digunakan untuk mencuci mata yang sakit.
Daun Gajah Beranak
GAJAH BERANAK.Daunnya memanjang dan membulat di hujungnya.
bentuk daunnya tidak pula menggambarkan bahawa nama panggilannya seakan-akan menyerupai ciri-ciri itu.
Nama saintifiknya adalah Goniothalamus macrophyllus- Tergolong dalam
keluarga Annonaceae.
Digunakan bagi merawat demam sejuk.
Cara pengunaan:
- Rebus akar pokok gajah beranak..
- Minum air rebusan akar pokok gajah beranak.
- keratan akar pokok ini juga digunakan sebagai ramuan ubat tanak terutama oleh kaum wanita selepas bersalin.
- Bagi wanita hamil pengambilan akar gajah beranak adalah dilarang kerana boleh menyebabkan keguguran
Daun Kaduk
Daun kaduk. Daunnya seperti daun sirih tetapi lebih lembut. Kehijauannya agak lebih tua dan rasanya sedikit pedar dan pedas. pucuk pokok kadok turut digunakan sebagai ulam. Daunnya pula digunakan sebagai bahan penyedapdalam masakan.
Nama saintifiknya adalah Piper sarmentosum.
Merawat penyakit sembelit, sakit gigi, malaria, cacing, lemah dan skit dalam tulang, batuk
dan panau.
Cara pengunaan:
- Rebus seluruh pokok kaduk tersebut, bersama akarnya sekali dan rebus sehingga mendidih.
- Bila sudah mendidih sejukkan sekejap hingga ia sudah menjadi agak suam sedikit,
- Ambil air rebusan tersebut dan minulah perlahan-lahan.
Cara merawat cacing dalam perut
- Ambil beberapa helai daun kaduk yang segar.
- Daun-daun tersebut diramas-ramas setelah itu, dicampurkan dengan air.
- Siramkan air itu keseluruh badan.
- Ambil beberapa helai daun kaduk - kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat
- Ambil daun yang telah dikisarkan untuk disapukan pada leher.
Cara merawat Panau
- Ambil beberapa helai daun kaduk - kisarkannya dengan sedikit air sehingga agak lumat
- Kemudian pupukkannya pada bahagian yang dijangkiti panau tersebut
0 comments:
Post a Comment